Showing posts with label Dunia kerja aku. Show all posts
Showing posts with label Dunia kerja aku. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

aku penat..

Aku dah mula penat giler..tiap2 hari ulang alik dari rumah ke tempat keje aku..lebih kurang 2 jam sehari..6 hari seminggu..mahu tak penat badan duk drive sorang2..tambah2 kat ganu ni musim hujan..kereta aku tu pun bukan ler sihat sangat..hehe..takde rezeki lagi nak tukar baru..gaji pun cukup2 makan je le ni..boleh ler wak tampung hidup ngan wife..sedar tak sedar dah masuk 8 bulan aku bekerja di tempat baru aku tu..skrg ni baru aku mula terasa kepenatan yang melampau..kepala lutut aku ni pun mcm dah nak tercabut..longgar abiss.kekadang ada jugak aku mengadu kat wife..malas dah nak kerja berulang alik gini..nak buat camana dah nasib badan..hehehe..kata orang jauh perjalanan..luas pemandangan..banyakkk pengalaman..tak gitu kekawang?

Thursday, December 2, 2010

Dengan hati,bukan emosi

"sudah terhantuk baru terngadah"..kat tempat kerja aku macam tu ler..time problem je..masing2 menggelabah tak tentu pasal..masing2 tunding jari sesama mereka..tapi yang behnyer,aku jugak yang kene masuk meeting mengadap bos..kekadang naik boring gak kalu acap2 meeting tu..hati sejuk pun boleh bikin panas..dalam meeting tu..macam2 le isu yang kuar..pernah gak sampai bergaduh2..gaduh mulut je ler..masa tu le kene ikut kata hati..bukan terpengaruh dek emosi..kalau tak..sume kerja tak jalan...kita lupa, semua orang punya hak untuk berfikir cara mereka sendiri..semua orang tak semestinya setuju dan sehaluan dengan kita..dalam hal macam ni, aku terpaksa bagi ruang kpd diaorang untuk berfikir dan kuarkan pendapat diaorang..insyallah semua perkara akan berjalan dengan baik..


Wednesday, December 1, 2010

Bagai tukul dengan pahat

Bagai tukul dengan pahat..tu ler yang boleh aku gambarkan ngan anak2 buah aku kat tempat kerja..nak marah2 sangat, diaorang sume dah besar panjang..boleh pikir sendiri..aku memang harap sangat diaorang dapat jalankan tanggungjawab masing2 seikhlas hati mereka..tak payah nak disuruh2 buat kerja..aku nak wujudkan suasana hepi kat tempat kerja..baru ler dapat kurangkan stress..kalau ikutkan masalah kat tempat kerja tu..tak yah cakap ler..memang tak kan settle..kekadang bagus gak bila mengadap masalah ni..at least aku banyak belajar perkara baru..yang penting sekarang..perlu ada TEAMWORK..kerja yang susah..jadi mudah bila sepakat..bak kata pepatah melayu ler.."berat sama dipikul..ringan sama kita jinjing"..


Tuesday, November 30, 2010

berlembut dalam tegas..

Susah jugak sebenarnya nak melayan karenah anak2 buah kat tempat keje aku ni..x boleh tegur sikit..mula la tarik muka..melenting x tentu pasal..bukan mudah nak jaga hati sume orang..masa ni la pentingnya kesabaran..kekadang terpaksa gak aku tinggikan suara..kene bertegas..ikut sedap mulut je hentam diaorang..bukan apa, aku just nak dioarang ni tahu tanggungjwb diaorang..keje tu satu ibadah..satu amanah..so, tak boleh la nak keje ikut suka hati diaorg je..satu je aku pesan kat diaorang.."orang kat luar sana.ramai lagi yang nak bekerja"..paham2 je la kan..hehehe..